Perjalanan Morhabshi 1980
Ketika orang lain masih mencari-cari penawar, saya sudah ada teman setia sejak zaman persekolahan lagi — minyak Morhabshi.
Saya tidak pernah menyangka bahawa botol kecil yang saya bawa ke asrama pada tahun 1980 itu akan membuka jalan kepada sebuah jenama yang kini dalam perjalanan ke pasaran global.
Minyak Morhabshi bukan sekadar produk. Ia adalah legasi, pengalaman, dan perjuangan hidup.
Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas Minyak Morhabshi bersama isterinya Hjh Saodah Hj Abdul Kadir
🧳 1980–1999: Dari Pengguna kepada Penggerak
Saya mula guna minyak ini semasa di asrama — untuk lenguh, sakit kepala, atau sekadar mengurut badan selepas sukan. Tapi hanya selepas kelahiran anak sulung saya pada 1999, baru saya terdetik:
“Kenapa tidak saya jual minyak ini sendiri?”
Saya sudah biasa menjual produk orang lain. Tapi bila difikir-fikirkan, minyak Morhabshi ini milik keluarga saya sendiri — diwarisi dari Sheikh Abdul Hamid.
Saya pun mulakan dengan label asal, buat promosi kecil-kecilan kepada rakan kerja dan jiran tetangga.
Tahun itu juga saya mula menjejak dunia digital — melalui laman Geocities.com. Ringkas, tapi cukup untuk menyebarkan nama Morhabshi ke luar daerah.
🎓 2003–2007: Rebranding Serius di USM
Semasa menyambung pelajaran di USM Pulau Pinang bersama isteri, saya mula lebih serius. Saya reka label baharu, bungkus sendiri, dan kembangkan rangkaian pelanggan. Ini bukan lagi hobi — ini mula jadi satu misi.
Pada tahun 2007, saya kembali bertugas di Melaka dan mula mencuba pasaran runcit. Tapi saya sedar, nak letak barang di rak kedai tidak semudah dijangka. Saya perlu daftar KKM, pastikan pembungkusan ikut piawaian, dan buat pemasaran yang sistematik.
🎤 2017: Dari Dapur ke Panggung – Majlis Reunion Morha
Dengan bantuan Dato’ Rosli, kami berjaya menganjurkan pelancaran besar-besaran. Artis ternama seperti Haron Hashim, Yazit Search, Zainal Rampa, dan kumpulan Melissa hadir. Bapa saudara saya sendiri, Ustaz Radzi Melissa (vokalis Melissa) menjadi penyeri utama. Suasana seperti konsert, tapi yang diraikan ialah minyak Morhabshi — warisan yang kami banggakan.
Sayangnya, Ustaz Radzi meninggal dunia pada 2019. Tidak lama kemudian, dunia dilanda pandemik. PKP menyebabkan banyak perancangan terbantut.
🏢 2022: Bersara untuk Morha – Bukan Penghujung, Tapi Permulaan
Saya bersara dari profesion perguruan pada Januari 2022. Bukan untuk rehat, tapi untuk menyambung perjuangan. Saya daftarkan Morha Holdings Sdn. Bhd., tanda serius untuk membawa Morha ke peringkat lebih tinggi.
Saya cuba pelbagai pendekatan:
- Sertai sistem pemasaran Worldcare, kemudian Dermags.
- Memperkenalkan Balm Herba Morha, Perfume Stick Morha, dan Minyak Morhabshi Serai.
- Bangunkan Morha Circle — komuniti penggerak jenama.
- Lancarkan projek vending mesin Morha V-Mart, bermula di Melaka.
🪡 Morha Circle dan Misi “Um Pi Lu Nang Kut Kang”
“Um pi lu nang kut kang, jarum pergi dulu, benang ikut belakang.”
Itulah falsafah kami di Morha Circle.
Jarum dan benang saling memerlukan. Satu meneroka, satu menghubungkan.
Jarum: mewakili mereka yang berani melangkah ke depan, mencari pasaran baharu, membuka jalan.
Benang: mewakili komuniti yang menyokong, menyambung, dan mengukuhkan apa yang dibuka oleh si jarum.
Konsep ini bukan sekadar peribahasa — ia adalah strategi. Kami mahu:
- Menjahit peluang baru,
- Menampal kekosongan dalam pasaran produk semula jadi,
- Menyambung rangkaian usahawan kecil dan sederhana dalam satu ekosistem lestari.
🌍 Harapan Saya
Saya ingin melihat Melaka dikenali sebagai pusat produk resin myrrh dunia, sama seperti Langkawi dengan gamatnya. Saya ingin rakyat Malaysia — dan dunia — tahu bahawa kita punya ramuan hebat yang bukan sekadar tradisional, tetapi bernilai tinggi dan berasaskan sejarah.
Saya tidak mahu lihat legasi ini padam begitu sahaja. Saya ingin lihat ia berkembang di tangan generasi baharu. Dan untuk itu, saya perlukan anda.
🫱🏼🫲🏼 Sertai Kami Hari Ini
Jika anda seorang yang:
- Mahu jana pendapatan sambil belajar selok-belok perniagaan
- Minat produk semula jadi dan tradisi Melayu
- Percaya bahawa kejayaan bermula dengan langkah kecil
Maka sertailah Morha Circle.
📞 WhatsApp kami: +60194402211
Atau; lihat bagaimana vending mesin membuka jalan menjadikan robot sebagai jurujual pelbagai produk 24 jam, 7 hari seminggu.
“Vending mesin tak perlukan motivasi - ia cuma perlukan stok” 😊
Comments
Post a Comment