zaman seluar hijau poket tepi
Ini kesah aku dan Minyak Morhabshi. Ya. Dah generasi ke-3.
Seingat aku, minyak ni dah masuk hidup aku sejak zaman seluar hijau poket tepi — zaman sekolah berasrama di Temerloh, tahun 1980.
Mak yang bekalkan. Botol kecil, balut dengan kain, ikat getah. Letak sekali dalam beg sabun, sebelah bedak nyamuk Cap Gajah.
Mak pesan, “Kalau pening, sapu kat tengkuk. Kalau sakit perut, sapu pusing-pusing…luka, kena gigit lipan… calit; jangan lupa salawat”
Aku pun ikut je. Nama pun anak lelaki baru belajar hidup sendiri.
Tapi masa tu aku tak terfikir pun, yang minyak tu akan ikut aku sampai ke hari anak aku sendiri lahir. Habis sekolah masuk maktab, jadi cikgu!
Lepas tu kawin.
Tahun 1999, lahir anak sulung. Aku dan isteri tak tunggu — hari pertama lagi, minyak tu dah keluar. Sapu dada, sapu belakang, tapak kaki… tiap-tiap hari. Nak tidur, sapu. Nak keluar rumah, sapu. Kembung, menangis, meragam — guna apa sahaja, sapu aja.
Alhamdulillah.
Tahun terus berlalu. Anak tu dah besar, dah kerja… dah kahwin pun. Minyak tu? Masih ada. Memang la botolnya dah lain, labelnya dah moden, tapi aroma nostalgianya, masih sama. Bau yang buat aku teringat tilam asrama. Bau yang buat aku terbayang tangan mak.
Aku tak pasti siapa yang akan sambung tradisi ni nanti. Tapi aku tahu… kalau anak aku ada anak nanti, dan dia sapu minyak Morhabshi tu pada bayi dia — aku akan tersenyum. Dan mungkin, diam-diam… aku akan tepuk bahu dia sambil bisik:
“Dari buai… sampai bertongkat. Masih setia, kan?”
Cheguman juga menulis di:
Blog Morha Dermags https://morhadermags.blogspot.com
Blog Aromaterapi https://aromaterapimorha.blogspot.com
Blog Morha Vmart https://morhavmart.blogspot.com
Blog Morhabshi https://blog-morha.blogspot.com
Comments
Post a Comment