Morha Circle 2025

 


Ramai yang menanti-nanti saat kejayaan yang diusahakan itu muncul. Padahal TEMPOH meraikan KEJAYAAN itu amat pendek berbanding PROSES yang memakan masa panjang bagi mencapainya. 

Dalam kata lain, sebahagian besar umur kita dihabiskan ‘pada PROSES’ manakala HASIL berada di hujung usia, itupun jika sempat. 

Justeru kami di Morha Holdings sedang menyediakan satu persekitaran yang kondusif. Ia adalah ruang untuk semua yang mahu tampil membina kejayaan peribadi bersama-sama. 

Ya. Morha hanya ruang untuk kita bergerak. Morha menyediakan alat untuk kita manafaatkan. Morha meletakkan ‘puzzle’ untuk kita cantum dan padankan. 

Morha mengajar konsep sebagaimana peribahasa melayu ‘um pi lu nang kut kang, jarum pergi dulu benang ikut belakang’.

Jarum bukan untuk menyakitkan orang lain tapi untuk membawa benang mencantum yang luka dan menampal yang koyak.  


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Minyak Morhabshi?

Mengenali Pengasas Minyak Morhabshi