Minyak Ajaib! Betul ke? 😅
Sejak dulu, kami di Morha Holdings dah biasa dengar pelanggan gelarkan Minyak Morhabshi sebagai “minyak ajaib”.
Ada yang sapu di kepala terus lega.
Ada yang sapu di perut anak kecil — tiba-tiba tidur lena.
Ada juga yang guna waktu kecemasan, alhamdulillah rasa lega serta-merta.
Kami sangat bersyukur dan gembira apabila produk warisan ini memberi manfaat.
Tetapi kami juga ingin jelaskan satu perkara…
👉 Minyak Morhabshi bukan minyak ajaib.
Ia tidak disihir, tidak dipuja, tidak dijampi.
Ia bukan dari bomoh atau pawang.
Tiada unsur mistik atau khurafat.
Minyak Morhabshi adalah hasil gabungan ilmu herba, pengalaman turun-temurun, dan ramuan semula jadi — termasuk resin myrrh, saffron, mustaka, raja kayu dan pelbagai akar herba melayu — yang diasaskan oleh seorang guru dan pengamal herba sejak lebih 40 tahun lalu.
Jika ia memberi kesan luar biasa, maka itu adalah hasil dari:
✅ Usaha manusia yang ikhlas berkongsi ilmu dan penawar,
✅ Keberkatan bahan semula jadi ciptaan Tuhan,
✅ Dan yang paling penting — izin Allah yang Maha Menyembuhkan.
Kami cuma berusaha.
Selebihnya… adalah kerja Tuhan.
— Team Morha
Comments
Post a Comment