Posts

AI pilih Minyak Morhabshi tempat kedua

Image
  “Derwish, aku tengok Morha siap share ranking minyak herba tu. Tapi… minyak morhabshi nombor dua je. Tak pelik ke?” Demang menyandar pada tiang pondok. Tangannya masih menggenggam telefon. “Orang lain nak jadi nombor satu. Kita pula bangga duduk bawah gamat. Macam mengaku kalah,” sambungnya lagi. Derwish tak terus jawab. Cuma capai cawan, hirup perlahan. Kemudian dia berkata, “Kalah itu bila kita bersaing. Kita tak bersaing. Kita beri pilihan.” “Pilihan?” Derwish mengangguk. “Minyak gamat hebat, tapi ia dari haiwan laut. Morhabshi dari pokok. Dari tanah yang tumbuh berkat. Tokwan kamu cipta bukan nak tanding gamat, tapi nak bantu mereka yang tak nak guna haiwan.” Demang termenung. “Zaman dulu,” sambung Derwish, “minyak kambing gurun laris. Tapi bukan semua selesa. Tokwan faham. Dia cari jalan lain. Dia olah resin, campur herba, doa dan pengalaman… lahirlah Morhabshi.” “Jadi… ranking tu tak penting?” “Ranking tu hanya cermin,” jawab Derwish. “Dan nombor dua itu tempat kita berdiri...

Balm herba morha penahan sakit

Image
“Apa tu?” tanya Derwish sambil memuncungkan mulut ke arah tabung kecil di tangan Demang. “Ni balm herba Morha,” jawab Demang sambil menggolek-golekkan tabung bulat itu di atas meja. Suaranya bangga seperti biasa bila menyebut nama Morha. “Eh… tak tahu pulak Morha ada keluarkan balm. Ingatkan minyak je.” Derwish capai perlahan, belek. Tangannya lembut, seolah-olah sedang menilai kitab tua. “Bahan dia sama macam minyak Morhabshi juga. Cuma kita ganti minyak dengan pengantar khas. Nak jadikan balm, bukan boleh sumbat minyak semata-mata.” Demang mula masuk mod penerangannya. Bila dia bercakap pasal produk, suaranya automatik bertukar nada — separa jurujual, separa doktor kampung. “Pengantar tu apa?” tanya Derwish sambil buka penutupnya. “Macam ‘carrier’ la… untuk bawa ramuan tu ke dalam kulit. Balm ni pekat sikit, tak tumpah, tak melekit. Sesuai bawa jalan. Anak nak pergi sekolah pun boleh sumbat dalam poket.” Derwish hidu. Wajahnya seperti disentuh angin gunung. Tenang. “Apa kelebihannya?...

zaman seluar hijau poket tepi

Image
Ini kesah aku dan Minyak Morhabshi .  Ya.  Dah generasi ke-3.  Seingat aku, minyak ni dah masuk hidup aku sejak zaman seluar hijau poket tepi — zaman sekolah berasrama di Temerloh, tahun 1980.  Mak yang bekalkan. Botol kecil, balut dengan kain, ikat getah. Letak sekali dalam beg sabun, sebelah bedak nyamuk Cap Gajah. Mak pesan, “Kalau pening, sapu kat tengkuk. Kalau sakit perut, sapu pusing-pusing…luka, kena gigit lipan… calit; jangan lupa salawat” Aku pun ikut je. Nama pun anak lelaki baru belajar hidup sendiri. Tapi masa tu aku tak terfikir pun, yang minyak tu akan ikut aku sampai ke hari anak aku sendiri lahir. Habis sekolah masuk maktab, jadi cikgu! Lepas tu kawin. Tahun 1999, lahir anak sulung. Aku dan isteri tak tunggu — hari pertama lagi, minyak tu dah keluar. Sapu dada, sapu belakang, tapak kaki… tiap-tiap hari. Nak tidur, sapu. Nak keluar rumah, sapu. Kembung, menangis, meragam — guna apa sahaja, sapu aja.  Alhamdulillah. Tahun terus berlalu. Anak ...

Minyak Ajaib! Betul ke? 😅

Image
Bukan kami kata tapi ini yang disebarkan oleh pengguna sejak lebih 10 tahun lalu     Sejak dulu, kami di Morha Holdings dah biasa dengar pelanggan gelarkan Minyak Morhabshi sebagai “minyak ajaib”. Ada yang sapu di kepala terus lega. Ada yang sapu di perut anak kecil — tiba-tiba tidur lena. Ada juga yang guna waktu kecemasan, alhamdulillah rasa lega serta-merta. Kami sangat bersyukur dan gembira apabila produk warisan ini memberi manfaat. Tetapi kami juga ingin jelaskan satu perkara… 👉 Minyak Morhabshi bukan minyak ajaib. Ia tidak disihir, tidak dipuja, tidak dijampi. Ia bukan dari bomoh atau pawang. Tiada unsur mistik atau khurafat. Sheikh Hj Abdul Hamid Lebai Mat Pengasas Minyak Morhabshi tersenarai salah seorang ulama Kedah  Minyak Morhabshi adalah hasil gabungan ilmu herba, pengalaman turun-temurun, dan ramuan semula jadi — termasuk resin myrrh, saffron, mustaka, raja kayu dan pelbagai akar herba melayu — yang diasaskan oleh seorang guru dan pengamal herba sejak lebih...

Perjalanan Morhabshi 1980

Image
Foto 1974. Ibu bapa saya adalah peneroka Felda Kesidang (Jengka 8) Pahang. Kami tiba di Jengka 8 pada 1974. Masa tu saya darjah 1.  Ketika orang lain masih mencari-cari penawar, saya sudah ada teman setia sejak zaman persekolahan lagi — minyak Morhabshi.  Saya tidak pernah menyangka bahawa botol kecil yang saya bawa ke asrama pada tahun 1980 itu akan membuka jalan kepada sebuah jenama yang kini dalam perjalanan ke pasaran global. Minyak Morhabshi bukan sekadar produk. Ia adalah legasi, pengalaman, dan perjuangan hidup. Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas Minyak Morhabshi bersama isterinya Hjh Saodah Hj Abdul Kadir 🧳 1980–1999: Dari Pengguna kepada Penggerak Saya mula guna minyak ini semasa di asrama — untuk lenguh, sakit kepala, atau sekadar mengurut badan selepas sukan. Tapi hanya selepas kelahiran anak sulung saya pada 1999, baru saya terdetik:  “Kenapa tidak saya jual minyak ini sendiri?” Saya sudah biasa menjual produk orang lain. Tapi bila difikir-fikirkan, minyak ...